My Music, My Life

Thursday, May 15, 2014

Coretan untuk insan yg bernama guru...

Ceritanya...

Semalam,
Ada mak bapak yang datang meradang,
Menghentak meja, bersuara lantang,
Meluah rasa menjeling pandang,
Kecik hati tak diundang,
Marah benar bila dibuang,
Mcm amuk pemain bola dibuang padang.

Ceritanya...

Semalam,
Maruah cikgu diejek-ejek,
Dikata tak layak jadi pendidik,
Ijazah yang ada sekadar dikelek,
Masa mengajar dipendek pendek,
Pengalaman yang ada disukat cetek,
Telinga cikgu mendengar jelek.

Ceritanya...

Hari ini,
Ada murid yang datang lewat,
Sedangkan rumah duduknya dekat,
Cikgu pun tanya kenapa liat,
Hari-hari lambat, ke mana solat?
Muka murid tersenyum kelat,
Otak murid berfikir ligat,
Nak gentar apa, cikgu tak boleh nak sebat,
Paling tak tulis nama dlm buku lewat.

Ceritanya...

Hari ini,
Ada cikgu mengajar di depan kelas,
Ada murid di belakang bersembang bebas,
Ada kerja untuk 1 kelas,
Tapi yang siap tak sampai sebelas,
Marah cikgu berbekas bekas,
Niat di hati mengajar ikhlas,
Yang rajin tiga belas,
Yang lain malas !

Ceritanya...

Nanti,
Tatkala result keluar,
1 sekolah berdebar-debar,
Mak bapak tak sabar-sabar,
Mesti result anak aku bikin gempar,
Silap-silap masuk surat khabar.

Ceritanya...

Bila result mula diumumkan,
Anak dapat cukup cukup makan,
Anak nangis mintak ehsan,
Bukan apa takut balik dirotan,
Anak dipujuk, cikgu disalahkan,
Konon cikgu tak berkelayakan,
Ilmu yang ada tak cukup padan,
Mak bapak melepas baran,
Anak aku bukan sebarangan,
Lahir dari keturunan tuan-tuan,
Patut dapat keputusan number one.

Ceritanya...

Hari ini,
Hati cikgu mendidih-didih,
Mak bapak tak tahu berterima kasih,
Hati cikgu mana tak sedih,
Tapi cikgu hatinya jernih,
Marah pergi sejuk diraih,
Biar mak bapak makinya berbuih,
Nawaitu cikgu bersifat bersih,
Luhur hatinya tetap ditagih.

Ceritanya...
Hari ini,
aku berterima kasih,
Pada guru yg berperit jerih,
Yang tak pernah letih,
Bukan wang ringgit yang cikgu ketagih,
Cukuplah sekadar terima kasih...

*copy paste drpd Whatsapp kwn...

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari guru buat insan2 yg pernah mencurahkan ilmu2 yg cukup bermanfaat kepada diri ini hinggalah menjadi seperti mana sekarang ini terutamanya guru2 di Tabika Kemas Felda Sungai Sayong, Sekolah Kebangsaan Sungai Sayong, Sekolah Kebangsaan Kulai Kampung Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru, dan tidak lupa kepada para pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, dan semestinya kepada rakan2 seperjuangan di IPG seluruh Malaysia terutama IPG Kampus Temenggong Ibrahim...

Ya, walaupun hanya guru pelatih, namun kita jua bakal menggalas tugas yg sama seperti para guru kita, malah lebih berat lagi tugas dan tanggungjawab kita dalam mendidik insan2 cilik ini dalam arus dunia yg serba moden namun penuh dengan tipu daya, jerangkap samar dan fitnah ini... Ya, kita harus lebih berwaspada... Kerana murid2 kita nanti takkan sama keadaan dan sifatnya seperti waktu kita di bangku persekolahan dahulu.. Mereka lebih manja, mereka lebih terdedah kepada anasir2 perosak yg mampu mencacatkan jati diri mereka sebagai seorang manusia yg berguna kepada masyarakat sekeliling... Kita sendiri selalu dengar kes2 salah laku yg kita sendiri rasa tergamam apabila mendengarnya... Apakan tidak, ada antara kes tersebut amat tidak kena dengan usia murid itu sendiri... Nampak sangat dunia sudah berubah... Jauh berubah... Peranan kita? Sudah pasti macam yg saya cakap tadi, mendidik mereka menjadi insan yg berguna kpd agama, bangsa dan negara dengan cara yg berkesan... Jadi, doa2 lah agar kita, para guru pelatih dapat merealisasikan hasrat tersebut demi melihat anak bangsa kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa2 yg ulung di dunia ini...

Selamat Hari Guru... :)

Tulus daripada,

Syarafuddin bin Sazali

Tabika Kemas FELDA Sungai Sayong (1999)
SK LKTP Sungai Sayong (2000-2001 / 1 Berjaya & 2 Amanah)
SK Kulai, Kampung Melayu (2002-2005 / 3 Sentosa, 4 Sentosa, 5 Sentosa, 6 Sentosa)
SMK Agama Johor Bahru (2006-2010 / 1 Ali, 2 Ali, 3 Ali, 4 Abu Bakar, 5 Al-Farabi)
IPG Kampus Temenggong Ibrahim (2011-2016 <insyaALLAH> / PPISMP TESL 2, PISMP TESL 2)

P/S: Juga sama2 sedekahkan Al-Fatihah kpd guru2 kita yg telah kembali kepada-Nya.. Moga2 mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 soleh... Terutama kpd Almarhumah Cikgu Norita binti Mohd. Noor (SMKAJB).. Even beliau tak pernah ajar saya, tapi saya amat senang mengenali beliau... Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment